Uji Bakat

  • Warganegara Malaysia berumur 15 hingga 45 tahun
  • Berkeupayaan menyampaikan persembahan dalam bahasa Kadazan, Dusun, atau Murut.
  • Peserta mesti seorang lelaki atau perempuan, dan mesti seorang warganegara Malaysia.
  • Peserta mesti berumur antara 15 sehingga 45 tahun pada 10 January 2013 dan memiliki kad pengenalan dan/atau sijil lahir yang sah.
  • Peserta mesti berkebolehan menyanyikan lagu dalam Bahasa Kadazan, Dusun ataupun Murut.
  • Peserta boleh sama ada seorang bujang atau sudah berkahwin tetapi Peserta wanita tidak boleh mengandung/menjadi mengandung pada waktu Uji Bakat dan/atau sepanjang penerbitan .
  • Peserta boleh membuat persembahan dengan menggunakan minus one, karaoke, atau menggunakan peralatan muzik . Nyanyian secara acappela dibenarkan.
  • Peserta mesti mendapatkan No Pendaftaran dengan membuat pembelian Starter Pack daripada wakil jualan Celcom.
  • Sekiranya Peserta terpilih untuk menyertai Rancangan ini sebagai Peserta Peringkat Akhir, Peserta mesti bersedia untuk meninggalkan aktiviti-aktiviti hariannya, sekolah, atau pekerjaan pada bila-bila masa jika pihak penganjur mengganggap ianya adalah perlu untuk sepanjang tempoh penerbitan Rancangan tersebut atau untuk tempoh masa yang lebih lama sepertimana ditentukan oleh pihak penganjur.
  • Sekiranya Peserta dipilih sebagai salah seorang Peserta Peringkat Akhir:
    • Peserta akan menandatangani Perjanjian Penyertaan Peserta dengan pihak penganjur berkenaan dengan penyertaan Peserta di dalam Rancangan tersebut; dan
    • Peserta-Peserta yang telah diujibakat tetapi tidak menerima sebarang pemberitahuan oleh pihak penganjur bahawa beliau telah terpilih ke peringkat seterusnya adalah dianggap sebagai gagal.
  • Peserta mengakui bahawa semua maklumat yang terdapat di Borang Pendaftaran adalah betul dan tepat. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menolak penyertaan yang mengandungi maklumat palsu atau tidak tepat dan membatalkan penyertaan Peserta-Peserta pada bila-bila masa sekiranya syarat-syarat ini tidak diikuti.
  • Peserta bersetuju dengan sepenuhnya untuk mematuhi semua syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan menyerahkan sepenuhnya kepada penghakiman akhir pihak penganjur dan/atau panel hakim yang dipilih oleh pihak penganjur.
  • Sekiranya Peserta dipilih sebagai salah seorang Peserta Peringkat Akhir, Peserta haruslah sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan yang berkaitan dengan Rancangan ini dan termasuk tanpa batas atas pilihan pihak penganjur untuk memberi perkhidmatan kepada pihak penganjur secara eksklusif. Peserta Peringkat Akhir tidak boleh menawarkan perkhidmatannya atau memasuki apa-apa urusan dengan pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis pihak penganjur . Peserta bersetuju bahawa pihak penganjur mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan Peserta Peringkat Akhir dan pemenang Rancangan ini dalam mana-mana cara yang dianggap sesuai.
  • Pihak penganjur berhak untuk seterusnya membatalkan/mengeluarkan Peserta daripada Pertandingan ini jika Peserta didapati melanggar terma-terma dan syarat-syarat ini.
  • Peserta bersetuju dan berakujanji untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menimbulkan prejudis atau merosakan reputasi atau boleh menjatuhkan pihak penganjur, sekutunya dan Peserta-Peserta lain dan/atau atau menghalang atau memprejudiskan kejayaan penerbitan, rakaman, siaran dan eksploitasi Rancangan ini.
  • Peserta mesti bersetuju dan mematuhi jadual-jadual dan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh pihak penganjur berkaitan dengan uji bakat dan penerbitan Rancangan.
  • Peserta bersetuju dan memahami bahawa sebagai seorang Peserta, dan seterusnya jika terpilih sebagai Peserta Peringkat Akhir, beliau mesti bersetuju bahawa beliau akan direkod sama ada melalui rakaman audio, video, cetakan, gambar-gambar, medium elektronik dan interaktif sehingga 24 jam sehari. Peserta seterusnya bersetuju dan memahami bahawa pihak penganjur berhak menggunakan, mengeksploitasi, mempamerkan, mengekstrak dan mempakejkan semua rakaman dengan material lain dengan apa cara sekalipun di sebarang media tanpa memperolehi kebenaran daripada Peserta terlebih dahulu atau membuat bayaran kepada Peserta.
  • Peserta bersetuju bahawa semua hak kepunyaan Peserta dan semua persetujuan daripada Peserta yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan di sebarang bahagian dunia berkaitan dengan rakaman persembahan Peserta semasa uji bakat dan/atau Rancangan dan eksploitasi dan promosi dengan apa cara jua dan melalui semua media sama ada yang dikenali atau akan direka termasuk tanpa had semua siaran televisyen, eksploitasi video, media-media baru dan initiatif interaktif adalah diserahkan dan diberikan kepada pihak penganjur tanpa sebarang pembayaran royalti untuk selama-lamanya. Peserta dengan ini mengenepikan dan/atau menyerahkan faedah-faedah peruntukan undang-undang yang dikenali sebagai droit moral atau yang serupa dengannya atau hak-hak moral di mana-mana negara dunia kepada pihak penganjur. Ia adalah diakui bahawa semua hak cipta dan hak-hak lain dalam Rancangan, uji bakat, gambar-gambar, temuduga-temuduga, video dan/atau rakaman audio yang telah diambil dan/atau dibuat selaras dengan uji bakat dan/atau Rancangan akibat daripada penyertaan Peserta akan menjadi milik pihak penganjur.
  • Peserta memberikan hak kepada pihak penganjur untuk menggunakan dan menghasilkan semula nama Peserta, keserupaan, biografi, persembahan , gambar-gambar, filem-filem, dan rakaman-rakaman persembahan atau mana-mana bahagian persembahan Peserta itu dan menggabungkannya dengan bahan lain dan untuk mengeksploitasikan secara komersil, dalam apa-apa cara melalui mana-mana media sama ada yang dikenali atau tidak dan yang akan direka di seluruh dunia untuk selama-lamanya. Untuk mengelakkan keraguan, perkara di atas adalah termasuk hak merakam siaran dan/atau mengedarkan pertunjukan (atau sebahagian dari itu) oleh Peserta semasa uji bakat dijalankan.
  • Pihak penganjur mempunyai hak mutlak dan tunggal untuk membatalkan penyertaan seseorang individu jika ia didapati mengganggu proses penyertaan atau operasi Rancangan tersebut dan/atau berlaku pelanggaran atau berpotensi untuk melakukan pelanggaran syarat-syarat dan terma-terma Rancangan tersebut. Tiada surat menyurat akan dilayan.
  • Pihak berhak serta mempunyai budi bicara penuh dan mutlak untuk membatalkan, menukar, menggantung atau menangguhkan Rancangan/Pertandingan ini pada bila-bila masa dan untuk apa jua sebab. Dalam pada ini, pihak penganjur boleh memilih untuk tidak meneruskan penerbitan Rancangan/Pertandingan ini. Pembatalan atau penangguhan ini tidak akan memberi sebarang hak tuntutan kepada para Peserta. Jika penerbitan Rancangan/Pertandingan ini disambung semula oleh pihak, Peserta akan mematuhi keputusan pihak penganjur mengenai penyambungan semula Rancangan/Pertandingan.
19 Januari – 30 Mac 2013 di Universiti Malaysia Sabah
Bil Tarikh Hari Lokasi Catatan
1 19 Januari 2013 Sabtu Padang Kg. Kokol, Inanam
2 27 Januari 2013 Ahad Padang Kg. Entalibon,Telupid 8km dari Pekan Telupid
3 9 Februari 2013 Sabtu Dataran Terbuka Pekan Kecil Kemabong,Tenom
4 16 Februari 2013 Sabtu Padang Bandaran Keningau, Keningau
5 23 Februari 2013 Sabtu Tempat letak kereta Medan Selera, Ranau
6 2 Mac 2013 Sabtu Dataran Bangkoka, Pitas
7 9 Mac 2013 Sabtu Dewan Masyarakat Tamparuli, Tamparuli
8 16 Mac 2013 Sabtu Dewan Masyarakat Baru, Papar
9 23 Mac 2013 Sabtu Dewan Masyarakat Beaufort, Beaufort
10 30 Mac 2013 Sabtu Buhavon Square, Penampang

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung terus dengan:

  • Abu Bakar Ella : 019-810 1530
  • Farrabe AB : 013-808 2711 / 016-806 9067
  • Pej KDM Malaysia : 088-719 188
Peringkat ke-2 : Pemilihan Peserta

April 2013 Pemilihan Peserta 50 Terbaik
12 April 2013 Pengumuman Peserta 50 Terbaik
Peserta 50 terbaik akan memasuki Akademi KDM Malaysia Idol. Undian SMS akan bermula.

70% sms , 30% Juri untuk pemilihan 12 peserta akhir.

26 April 2013 Konsert Pengenalan 12 Peserta Akhir
Undian SMS bermula. 100% sms
03 Mei 2013 Konsert Penyingkiran Mingguan
10 Mei 2013 Konsert Penyingkiran Mingguan
17 Mei 2013 Konsert Penyingkiran Mingguan
24 Mei 2013 Konsert Penyingkiran Mingguan
31 Mei 2013 Konsert Final KDM Malaysia Idol

Lokasi Konsert Penyingkiran Mingguan : Dewan Resital UMS (Cadangan)

Konsert Final : Sutera Harbour ( cadangan)

Nota :

1. 5 % daripada jumlah undian sms akan diagihkan semula kepada peserta.

2. 5 % daripada jumlah undian sms akan di sumbangkan kepada Tabung Kebajikan Pelajar Termiskin Luar Bandar,Sabah.